icon-search
  • banglo madu tiga front.png
  • banglo madu tiga back.png

AN04 Siri Mencungkil Misteri - Misteri Banglo Madu Tiga 9789833498673

RM 11.50
AN04 Siri Mencungkil Misteri - Misteri Banglo Madu Tiga 9789833498673 Ratings: 0 - 0 votes
- +
icon-bag Add to Cart
Home

AN04 Siri Mencungkil Misteri - Misteri Banglo Madu Tiga 9789833498673


Deskripsi
Kawasan perumahan setinggan yang didiami Rizwan sejak kecil itu bakal dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan. Akibatnya, mereka menghadapi masalah untuk mencari tempat kediaman baru dalam tempoh yang singkat. Dalam keadaan tertekan itu, akhirnya terbongkar suatu rahsia yang benar-benar memeranjatkan. Rupa-rupanya, ayah Rizwan, iaitu Encik Borhan, ialah pewaris sebuah banglo pusaka milk arwah ayahnya. Namun, timbul pula persoalan baru selepas itu. Mengapakah Encik Borhan yang memiliki rumah mewah itu sejak dahulu, memilih untuk mendiami rumah setinggan? Mengapakah dia tidak membenarkan keluarganya hidup selesa di kediaman mewah itu? Jawapannya bakal memeranjatkan semua ahli keluarganya. Selama ini, Rizwan tidak tahu langsung tentang sejarah keluarga ayahnya yang penuh misteri. Bermula dengan sejarah arwah datuknya yang mempunyai tiga orang isteri, Rizwan dan kawan baiknya, Chee Leng bakal digegarkan dengan lebih banyak rahsia apabila sampai di rumah aneh itu. Apakah misteri itu? Kenapakah pula banglo ini digelar Banglo Madu Tiga?


Nota: 
1. Gambar yang dipaparkan mungkin tidak menunjukkan warna sebenar produk kerana perbezaan pada sudut fotografi, pencahayaan dan paparan skrin.

Customer Reviews
0 / 5
Total 0 Ratings

Your cart is currently empty.
Continue shopping