AW07 Siri Mestika Kontemporari - Irama Anak Desa 9789831113578
Deskripsi
Muis berasal daripada keluarga yang berada. Walau bagaimanapun, masalah disiplin yang dilakukan Muis di sekolah menyebabkan ayahnya, Encik Khairul mengambil keputusan untuk menghantarnya tinggal bersama-sama datuk dan neneknya di kampung. Kehadiran Muis di sekolah barunya tidak disenangi murid-murid sekelasnya. Hafizi, rakan sekelas Muis sentiasa mencari peluang untuk mengenakannya supaya Muis tidak boleh belajar di kelas itu. Namun kehadiran Nurul, rakan sekelas Muis yang sudi berkawan dengannya, telah mengubah sikap Muis. Dalam suatu kejadian, Muis telah membuktikan perubahan dirinya dengan menolong Hafizi yang lemas di sungai. Berjayakah Muis menyelamatkan Hafizi daripada lemas? Ikutilah kisah selanjutnya untuk mengetahui kesudahannya.
Nota:
1. Gambar yang dipaparkan mungkin tidak menunjukkan warna sebenar produk kerana perbezaan pada sudut fotografi, pencahayaan dan paparan skrin.