AN02 Siri Mencungkil Misteri - Misteri Permainan Realiti 9789833498680
Deskripsi
Rashdan dan Jaya, dua orang sahabat baik yang amat meminati rancangan televisyen yang berbentuk realiti. Pada suatu hari, mereka telah diberi peluang untuk menjayakan sebuah program realiti yang bercorak pengembaraan. Mereka menerimanya dengan hati yang gembira sekali. Setelah separuh jalan menyertai program tersebut, barulah mereka sedar bahawa program realiti yang disertai mereka sangat berbeza daripada program realiti lain yang disiarkan di televisyen. Dalam program tersebut banyak kemusykilan yang timbul, sehingga mereka mempertikaikan tujuan sebenar program itu diterbitkan. Mereka mengesyaki ada suatu komplot besar di sebalik pertandingan itu. Apakah komplot yang dimaksudkan? Bagaimanakah program yang bercorak pertandingan realiti itu berjaya menonjolkan kebolehan mereka membongkar kebenaran? Paling utama, apakah definisi 'realiti' sebenar yang dipelajari mereka selepas itu?
Nota:
1. Gambar yang dipaparkan mungkin tidak menunjukkan warna sebenar produk kerana perbezaan pada sudut fotografi, pencahayaan dan paparan skrin.