AT02 Siri Ilham di Hati - Selipar Budak Comel 9789833498833
Deskripsi
Sejak kecil, Ashikin tidak pernah kenal erti bahagia. Keluarganya yang porak-peranda menyebabkan dia hilang keyakinan diri. Akibatnya, dia lebih suka hidup bersendirian. Pada waktu lapangnya, dia lebih suka menghabiskan masanya di sebuah jambatan usang di kampungnya. Dia akan membaca, melukis dan menulis di atas jambatan usang itu. Pada suatu hari, dia telah bertemu dengan seorang gadis ceria bernama Puvaneswari. Melalui Puvaneswari, Ashikin mengenali erti kegembiraan dan semangat setia kawan. Malangnya, segala-galanya itu bakal dirampas apabila ibunya mendedahkan suatu rahsia. Rahsia itu bakal membawa Ashikin ke sebuah tempat baru. Di situlah kesabaran dan keyakinannya teruji. Siapa sangka, sepasang selipar yang dihadiahkan oleh seorang budak comel mampu menjadi pedoman kepadanya untuk meniti hari esok dengan lebih bermakna!
Nota:
1. Gambar yang dipaparkan mungkin tidak menunjukkan warna sebenar produk kerana perbezaan pada sudut fotografi, pencahayaan dan paparan skrin.